Sunday, December 11, 2011

Terlupa!

Assalammualaikum.


GERHANA BULAN!

Aduh, boleh pulak aku terlupa pasal gerhana bulan. -.-" Penat punya pasal dari pagi keluar main bowling, petang pergi meminang/sarung cincin tunang untuk sepupu aku, kenduri sana sini. Balik-balik rumah terbongkang penat atas katil. Terbangun pukul 10.45pm, mandi, online, kat facebook & twitter penuh dengan orang dok post pasal gerhana bulan. Menyesal aku, aduh, memang bukan rezeki aku. Pukul 1.15am Emak terbangun then ajak aku tengok kot kot lah ada lagi sikit eclipse, tapi memang bukan rezeki aku ]= 

Wassalam. Okbhai.

Buat Dosa!

Assalammualaikum.


Ohhh yaaaaaaaaa, memang betul. Pagi-pagi lagi, maksud pagi aku ialah 11pagi bersamaan 10 Disember 2011. Pagi-pagi lagi aku dengan Kak Siti dan Tina buat dosa! Ooohh jangan berfikiran cetek, dosa yang kami buat, mesti punyalah dan tanpa ragunya aku tau hampa pun pernah buat. Ahhaaa serius =D

MENGATA atau MENGUMPAT atau yang sama waktu dengannya.

Pagi tadi aku pergi main bowling dekat A***** S********, line 24, lol! Perlu ke bagitau line berapa? -.- Kami ambik tiga games, ya, dalam masa tiga-tiga games tu lah aku dengan Kak Siti asyik buat dosa ja. Mana tak nya, dari awal games sampai ke habis, kiri dengan kanan line kami penuh dengan orang-orang/pasangan gedik, poyo dan bajet! Uurrgghh serius tak boleh fokus. Sebab tu lah aku lebih suka main bowling dekat P*** A*****. Know why? Sebab keadaannya lain, lain sangat-sangat. Kat P*** A****, orang yang datang main memang bertujuan untuk main dan berseronok dengan keluarga atau kawan-kawan. Tapi dekat A***** S********, orang yang datang main hanyalah bertujuan untuk menghabiskan masa dengan tunjuk depa paling tera, paling hot atau paling kacak/cantik dan! Kononnya depa saja pasangan yang paling manis seperti gula hati! Eeww -.-" Dan kami tau yang orang-orang sebelah kami semua perasan bila kami ajuk balik apa yang depa buat. Hahahaha! Kisah? I'm the kind of forthright okay dude, kalau aku tak suka sesuatu, kadang-kadang aku sendiri pun tak sedar yang muka aku memang tunjuk yang aku tak suka walaupun aku cuba untuk sembunyikan haha. 

1. Awek suruh pakwe nya pakaikan stokin untuk dia. Duhhhh?! What the GEDIK? 
2. Bila bola bowling masuk dalam longkang, buat muka merajuk dan cakap "tak nak main lah!" Betul?! Macam tu boleh aku guna line hampa? 
3. Baling-baling atau lebih tepat juggel [tak tau dalam Bahasa Melayu] bola bowling. Bruhh, apa kejadahnya tu? Sini bukan sarkas okey dan kalaulah hang tak sempat nak sambut dan bola tu jatuh atas kaki hang macam mana? 
4. Tak habis dengan juggel, bila tangan lenguh juggel, bola terlepas sebelum masuk line lagi! Haa baru tau tutup muka. Hadoyai.
5. Tak perlulah kot buat-buat tomboy, usha orang tak puas hati dan ajar kawan hang macam mana nak main dengan cakap kuat-kuat. Serius lawak sebab muka hang memang lembut! Comel sangat tapi sayang kalau hang cuba nak ubah ciptaan ALLAH.
6. Gelak kuat-kuat bila strike dan cakap "HAHAHAHAHA! Alamak, semua pin aku jatuh weh! Sorry, macam mana ni? HAHAHAHA! P/S bila aku cakap gelak kuat-kuat tu, aku maksudkannya okey, gelak dia sangat kuat dan terasa macam anak tekak kering tak minum air seminggu. [Yaka?]

Haa selain dari perangai yang beraneka ragam tu, satu lagi yang aku stress eh tak, tengok, dah terikut Kak Siti, bila jadi gila cakap stress. Haha! Satu lagi yang aku tak puas hati bila orang yang jaga kaunter tu atau sesiapa saja lah yang bertanggungjawab jaga audio atau muzik, elok ja lagu Opick dimainkan, tak pasti tajuk apa tapi semua lagunya berasaskan ketuhanan, boleh pulak depa tukar ke lagu omputih?! Aduh masa tu memang aku dengan Kak Siti panas sangat dah, apasal? Lagu ketuhanan tak sesuai lah untuk tempat macam tu? Adoi, siapa tahu, lagu-lagu macam tu, bila orang bukan Islam dengar dan mungkin ada orang yang betul-betul pahamkan maksud disebalik liriknya tu, mungkin ada yang akan mula menyelami tentang Islam dan inshaAllah memeluk agama Islam. Tapi, kita orang Islam yang ada dekat situ pun memainkan peranan yang penting. Tapi dah kita pun macam depa jugak, depa nak kisah apa kan. 

Emmm, tu ja lah yang aku boleh cakapkan tentang apa yang aku nampak pagi tadi. Ya, aku tau, aku pun bukanlah hamba ALLAH yang sempurna tapi ingat, tiada siapa pun yang sempurna kecuali ALLAH SWT. Nak berbuat jahat, sangat senang. Nak berbuat baik, sangat susah. Sekarang, Alhamdulillah, aku cuba untuk mengubah dari buruk kepada baik secara perlahan-lahan. Tak pernah terlambat untuk berpatah balik ke jalan ALLAH. 

Okey, mungkin dah cukup aku luah apa yang aku rasa tentang pagi tadi. (= Wassalam.

Okbhai.

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu 2

Assalammualaikum.


Wuuuuhuuuuuuu. Bagus betullah hobi aku sekarang. Balik rumah ja mesti nak mengadap pc ni. Dah tu bukan mengadap ja macam orang tak hargai hidup okey, asyik sangat dengan chatting, typing ja kerja sampai naik longgaq dah keyboard ni -.-" 

Oh yeah, ha'ah baru balik ja ni. Baru balik dari tengok wayang, cerita Ombak Rindu buat kali kedua. Ha'ah, kali kedua feww. Dah tengok sekali lagi baru paham. Almaklumlah, selalunya tengok wayang mesti aku lewat err dalam err 10 minit? Aku pun tak tau lah kenapa aku lewat, nak kata bersiap lama tak, tapi mesti masuk panggung lewat dalam 5 or 10 minit. Dah tu mulalah merungut kata tak tau apa jadi awal-awal lah, tak paham lah apa lah haihh. Tapi malam ni aku betul-betul paham dan aku suka sangat. Suka sebab aku berjaya sampai panggung 20 minit awal! :D Dah tu tak menyempat-nyempat nak masuk, cerita pun tak habis lagi aku dah nak redah. Gelojoh kau ni Umi! lol (-_^)

Tapi bila tengok dengan kak Ina ni memang jadi kot lain. Cerita romantik pun boleh jadi cerita lawak. Adeh :D Tak tau kenapa hahaha. Dah lah kuat melatah, mulut tak boleh control, dah tu boleh pulak kak Ina asyik gerak-gerak, gerak sebab nyamuk! Adoi, boleh pulak nyamuk pi kat kak Ina ja noh. Kak Ina kata tak boleh nak feel sangat sebab angkatan nyamuk asyik gigit peha dia. Hahahahahahahahaha! Tu lah, nak sangat tengok midnight kan, memang nyamuk balik "rumah" seronok lah ada "makanan". Hahahaha! 

Dah habis tu, mula lah perut aku mainkan lagu Ombak Rindu, Lara Lagi dan Untuk Kamu. Pehh, takmau kalahkan perut aku ni. Asyik nak ikut tema ja, dah tu boleh pulak remix remix tiga-tiga lagu tu. Jadi kak Ina baik hati sangat malam ni, ajak makan kat makbul dulu. Dalam kereta, kak Ina cakap nyamuk panggung ikut dia masuk dalam kereta. Hahaha! Tak habis lagi dengan nyamuk panggung, dekat makbul, ada pulak nyamuk makbul. Adoi, kak Ina kak Ina haha. Dalam perjalanan pergi makbul, serius aku tak tipu, HotFM boleh pulak mainkan lagu Ombak Rindu. Dah habis makan tu, dalam perjalanan nak balik rumah, AGAIN! HotFM mainkan lagu Ombak Rindu lagi! :D Waaaaaaaahhhh, gila kau. Eh bukan kau, aku dengan kak Ina memang jadi gila dah, buka suara kuat-kuat, nyanyi lah masing-masing dengan penuh perasaan dan bajet ala-ala pernah belajar kelas vokal dengan cikgu Siti Hajar. Hehe. *kedua tangan atas bahu mata tengok ke atas* Kebetulan sangat-sangat lah kot rasanya ni, kebetulan yang sangat aku sukaaaaaa (; Buatkan aku berangan-angan nak kan lelaki macam Hariz(Aaron Aziz) *.........* Okay! Aku sangat lah berangan sekarang ni. Macam lah ada lelaki macam tu nak kat aku -.-" *pfft*

Okey, aku tau aku kena sedar diri tak cantik dan jugak sedar diri yang sekarang dah pukul 2pagi. Ergh! Umi stop it lah, asyik sangat dengan online nanti dah terbiasa baru tau, orang lain siang kerja kau tidur masa kerja, orang lain malam tidur kau tengok orang tidur. Haiyoyooooooo! Bahaya ni, perlukan masa rehat yang cukup. You pun same eh, tidur cukup tau-tau. Errr? Kat siapa aku cakap ni? Anybody lah sayang (: 


Okbhai (; *in love mood and dreaming for a romantic guy like Aaron in OR and Farid in LBS, awwww *blushing* * (Y)

Friday, December 9, 2011

Marah mestilah bersebab

Assalammualaikum.


Nak tanya, ada tak orang yang marah tanpa sebab? Atau memang orang tu memang tak pandai nak kawal emosi? Ya, aku tau semua benda yang terjadi mesti ada sebab dan samalah macam perasaan marah. Kita tak sukakan sesuatu barulah kita marahkan. Emm.... 

Selalunya lah kan, kita mesti tau yang sebenarnya kita tau kita buat salah kat orang tu dan orang tu tengah marah dekat kita. Tapi masalah aku sekarang ni, aku tak rasa macam aku ada buat salah dekat dia sebab sepangjang ni memang elok je lah hubungan kami. Balik sekolah, balik kerja mesti sembang-sembang, melawak, makan sekali, buat kerja sekali, tidur sekali. Tapi tiba-tiba pagi tadi dia marah aku bila aku tanya benda remeh yang aku terlupa. Yala, mestilah kena tanyakan bila kita terlupa? Malu bertanya sesat jalan. Bila aku cuba untuk perbetulkan kesalahan aku walaupun aku tak tau pun apa sebenarnya salah aku, dia buat endah tak endah ja, buat muka, tak tengok aku langsung. Well hello? Aku pun ada perasaan jugak. Kalau dia boleh marah aku dengan tiba-tiba tanpa sebab, emosi aku pun boleh berubah dengan tiba-tiba dengan bersebab. *sigh* Aku tak suka benda macam ni jadi, aku tau marah dia ni bukan kejap ja. Aku tak nak, berdosa besar aku buat dia marah, terasa hati, menangis dan tak bercakap lama-lama ni. Aku nak mintak maaf tapi dia tak nak layan aku! Macam mana? )':












Emak, Deqmie mintak maaf kalau Deqmie ada salah cakap kat Emak pagi tadi. Apa yang Deqmie cakap tu Deqmie tak maksudkan pun, Deqmie melawak ja. Deqmie mintak maaf sangat-sangat. Deqmie cintakan Emak, Deqmie sayangkan Emak sangat-sangat-sangat-sangat-sangat! 

Okbhai.

Dah lama tinggal


Assalammualaikum.

 Huwaaarrghhhh~ Lamanya tak update blog aku ni. Seriously i miss you bloggie. Ummuaahhmmuahhmuahhh! Eh sat sat, ada spider web kat hujung angle blog aku *tiup-tiuphabisnapaih*

Duhhh serius aku dah jadi kekok, tak tau nak update apa & nak cakap apa. Duhhhh, ni masalah besar ni! >O<" !!!!!!!!! Mana hilang minat menaip aku?! Tidakkkkkkkkkkkk!

Ergh okey, aku saja buat teruk, saja nak habaq cerita panas.

YEYYYYYYYYYYYY! AKU DAH ......................

Ya ya, dah lama habis SPM -.-"

Duhh, tu aku cakap, dah lama tak update so cerita yang panas macam ni pun aku tak update. Kawan-kawan blogger aku yang lain, aku baca blog depa, fuhhh! Penuh dengan post-post "IT'S OVER!" "MERDEKA!" and so on off online offline -.-"

So dikala aku rasa macam aku hebat dah pukul 2pagi tak tidoq lagi mengadap pc semata-mata nak update blog, yes, konklusinya aku nak kata aku tak mengantuk lagi dan rasa macam ada masa ja nak update blog before tidoq. Bolehkan? Tak salahkan aku nak update? Kan? KAN?! Terima kasih (;

Okbhai.















p/s : Haa ha'ah, yang tu ja lah yang aku nak update. Dah-dah, jom tidoq.


Sunday, July 31, 2011

isnin start puasa dah!

Assalammualaikum.

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala 

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang 



Jom buat kajian sikit nak pasai Ramadhan, nak nak nak? Tak nak? Ada aku kisah? Aku ajak orang yang berjiwa ja bukan macam kau yang tak berjiwa ni -_________-" Tettttttttt, jangan marah, melawak saja di pagi nak suci ini yaa, yaa yaa, insan yang cemerlang yaa yaa (: Okey akan bermulanya ayat baku mulai saat ni okey. Sebab apa? Sebab aku copy paste dari RISALAH AL-MUTTAQIN saja meh ((: Banyak jugak aku singkatkan saja, well, tak lah sastera sangat aku ni :P


Dalil pensyariatan puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah melalui Firman ALLAH yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa." (Surah Al-Baqarah ayat 183)

RASULULLAH bersabda :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka ALLAH tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya" (Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud :
"Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji" (Hadis menurut Sahih Muslim)


Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala


SOLAT SUNAT TARAWIH dan WITR
Solat sunat tarawih, pada umumnya masyarakat Malaysia menunaikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat, ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Pada zaman Rasulluah, solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuata keberatan. Tapi pada zaman Kalifah Umar bun Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan.

Solat sunat witr kebiasaannya muslimin dan muslimat di Malaysia menunaikan sunat witr selepas sunat tarawih sebanyak 3 rakaat sahaja. Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca doa Qunut pada rakaat yang terakhir. Lafaz Qunut sama sahaja dengan lafaz Qunut solat Subuh. Jika tidak membaca Qunut, disunatkan Sujud Sahwi.


KELEBIHAN RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah bersabda : "Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu" 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a : 
Rasulullah bersabda : " .. Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya :
Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Di manakah orang yang berpuasa? Merela lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telak masuk, pintu tadi tertutupp kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" 

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya : 
Rasulullah bersabda : "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalana tujuh puluh tahun"

AKHLAK SEWAKTU BERPUASA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : 
Rasulullah bersabda : "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa apada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oelh seseorang, hendaklah dia berkata : Sesungguhnya hari ini aku sedang berpuasa, sesungguhnya hari ini aku sedang berpuasa"

KELEBIHAN BERSAHUR
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya :
Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya" 

KELEBIHAN MENYEGERAKAN BERBUKA
Diriwayatkan daripada Sahl bun Saad r.a katanya :
Rasulullah bersabda : "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa"

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang menidirkan solat(tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

KELEBIHAN LAILATUL QADAR
Diriwatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

BERI'TIKAF PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN
Diriwatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya :
"Rasulullah biasanya beri'tikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan"

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya :
"Rasulullah bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan tidak seperti bulan-bulan lalu"




TERLUPA TIDAK BATALKAN PUASA
Diriwayatkan daripada Abu Huraira r.a :
Rasululah bersabda : "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah"

BANGKIT DARI TIDUR DALAM KEADAAN BERJUNUB
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a : "Nabi bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa"

JANGAN PUASA SEHARI DUA SEBELUM RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katannya :
Rasulullah bersabda : "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa tertentu maka bolehlah dia berpuasa"

CARA MENYAMBUT AIDILFITRI
    Pada petang akhir Ramadhan, orang-orang yang meninggal dunia menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Ziarahilah kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika jauh, bacalah dia tahlil selepas asar.
    Ibnu Abbas r.a berkata bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya. Ia berdiri di pintu rumah memohon belas kashian daripada anak-anaknya. Jadi, kirimkanlah bacaan doa, sekurang-kurangnya al-Fatihah. Ingatlah ibu bapa yang telah meninggal dunia. Mudah-mudah nanti apabila sampai giliran kita, anak-anak kita akan ingat kepada kita.
    Oleh itu, jangan lah disambut dengan mercun, hiburan serta lampu dan pelbagai kemungkatan lain. Isilah aidilfitri dengan takbir.

Tuesday, July 12, 2011

Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas

Assalammualaikum.


Okey aku tau title agak lebih gedik dari intisari post ni tapi maaf lah yekk, saya suka ayat tu. Perkasakan lah BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN (:

Ehemm well berbalik kepada tujuan sebenarnya. Kau belum rabun atau buta lagi kan? So kau boleh lagi baca apa yang terpampang kat gambar tu kan? So thanks kerana memudahkan kerja saya. Isu ni sangat pisang goreng panas dekat mukabuku sekarang, like SERIOUSLY! Kalah Maddi Jane dengan news suara lunaknya kat youtube atau paling aku meluat Lady Gaga dengan news berpakaian sopannya kat papers -___- Well atleast dia tau dia kat Asia kan.

Macam-macam lah status yang ada kat facebook tu,
"Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN siri 9/2012......"
"Tahniah! Anda terpilih menyertai PLKN siri 9/2012..."

Dan macam-macam jugaklah status yang susah jugak nak percaya but then it still their space so they can said whatever they want,
"Haloooh kecewanya tak dapat...."
"What?! I hate PLKN..."

So apa yang aku nak berletiaq kat sini, AKU TAK DAPAT! XD
Haloooh kalau dapat pun pergi ja lah kan, have fun saja mehh, best what, elaun memang lah sikit tapi dapat dari tak dapat langsung kan? But seriously memori yang kau akan dapat pehh! You won't forget it (: I know it. Memang lah aku tak pergi lagi pun but sama ja lah macam kem-kem yang aku pernah pergi aktivinya and my mom as a nurse pun dah banyak kali berkhidmat untuk PLKN ni, she also love all those kind of activities, well aku rasa aku mewarisi mak lah kot hehe *kedip-kedip mata*

A BIG CONGRATULATIONS TO MY LOVELY BEST PAL;
ALIA & AUNI, so sekarang lupakan lah angan-angan anda nak ke Bali lah Jakarta lah Pulau Perhentian lah yekk (; Chaiyook~ Hehe, love you~


Friday, June 3, 2011

Geram tapi rindu

Assalammualaikum.


Haa what what? Weh bruhh, nak tanya sikit. Actually gua nak post apa ni eh? Adeh gua pun dah tak tau apa tujuan entry gua ni haha sebab hari-hari gua seperti biasa, boring -__________-"

Eh hai kawan-kawan, rindu awak semua! Ngeeeeee (;

Errrr apa pasal dengan Cikmie ni!? Dah bengkek ke apa?! Tak tau tak tau -_______-"

Tapi aku nak cakap sikit lah walaupun korang tak dengar pun suara lunak berkrim coffee-mate aku ni but okay aku nak jugak bercakap. Korang pernah ada ex-boyfriend yang cakap dia dah tak nak kau, dia sayangkan girlfriend baru dia, sometimes he will call you said he miss you but then lupa balik then rindu balik, then bila jumpa buat macam tak ada apa sedangkan both of us know you had called me and NOT me that called you, cakap nak still kawan sebab tak nak terputus silaturahim tapi realiti kau buat macam kita tak pernah kenal. Eh Cikmie, kau pahal dok tanya orang? Apasal kau pernah kena ka? Haa dah tu tak kan aku gedik menarikan jari aku ni atas keyboard. Aiyakkk -____-"

Bukan apa, dah memang trangtangtang aku memang dah lupa pasal dia sebab... Dah nak ingat buat apa lagi! Tak ada makna dah haih aiyakk soalan biol punya -___-" But then dia dok call macam ishh apa kau nak ni? Kalau call cakap macam memba biasa it's okey sebab aku dah terima dia ada girlfriend lain tapi bila still panggil dengan panggilan dulu habis tu girlfriend kau tu apa? Bola ragbi? Halahai jangan lah macam tu bruhh. Kesian dia derr. Dah lah baik, cantik, kuat jealous, lemah lembut *buat suara macam Haziq syurga cinta sikit Kan kan kan. Aku pun tak nak silaturahim kita terputus macam tu ja tapi at least masih berkawan tu tak lebih. Eventhough realitinya memang tak lebih tapi alam fana telefon kau still mengiyakan fantasi lah bruhh. Sayangkan orang yang sayang kita okey bruhh (; Love you old boyfriend (;

Ohh Khairil Iqram, tau pun mintak maaf yekk awak haaa hehehe~ Suka-suka. Tu lah merajuk tak kena masa lah sayang oi -_______-" Yeyyyyyy 5hb ni! <33333 Love yaaa.

Aiyakkk. Kenapa Cikmie begitu puitis malam ni!? Haa sebab dah nak dekat pukul 1pagi dah ni haa! Dan aku memang suka nak mengakhiri hari-hariku dengan post di blog kecayunkngan aku ni <33 Jealous? Taukbuangdalamgaung satgi baru tau keke~

Esok tuisyen then berangkat ke AS, Aloq Setaq lah, memang tak lah kan aku pergi AS memang balik tu makan meehun pama ja akibat tiket saja cekik darah -____________-" Yey sabtu aku bertunang! >O<" <3333

Wednesday, June 1, 2011

Kalau nak pinjam mintak cara nak pinjam

Assalammualaikum.

Huwarghhhhhhhh! *mengeliat mendepakan tangan sambil berguling-guling atas tilam Ahaa bukan apa, excited sikit tulang belakang aku ni. Almaklumlah semenjak tiga menjak start nya cuti semester ni memang bontot aku tak pernahnya nak berenggang dengan kerusi depan pc tu haa. Tapi tu lah, Alhamdulillah lah malam ni dapat jugak menghapdet belog kecayunkngan aku ni dalam keadaan berbaring, hooreyyy sikit, HOOREYY! Arr ok ok aku tau aku overacting sikit. Halooh nak gedik sikit tak boleh -____-

Well, brada! Nak tanya sikit boleh tak? Korang ada kawan or maybe kau sendiri lah kan. Nak pinjam benda dari kawan kau but then cara tanya nak pinjam tu haihhhhhh bengkek punya intornasi kau gunakan, pernah tak pernah tak?! Sabau Cikmie sabau fewwww *mengelap peluh di dahi 

Haa tu Cikmie bangkitkan isu tu mesti pernah kena lah tu kan kan? Haa tau takpe! Sangatlah menyakitkan hati, well tak nak lah sebut nama dia kan, mengaibkan kawan tak baik derr. Apa yang aku buat is just pikir macam ni, "Oh sabau Cikmie sabau, maybe dia tengah on the month kot, kau paham perasaan dia kan Cikmie kan kan, kau baikkan Cikmie *kedip-kedip mata

Aku tak kisah orang nak pinjam barang aku. Moreover, aku ni jenis yang macam ni. Aku tak kisah orang nak susahkan aku or aku susahkan orang tapi memang lah aku tak berapa suka susahkan orang. But for me, One day who knows he/she will needs me or vice versa (= Aite aite? Kita akan terpikirkan budi yang pernah dia kasi so tak kan lah kedekut sangat bila dia mintak tolongkan? Just ask anything (=

So di sini aku nak tanya, pernah semua ni terjadi kat korang? Sekarang ni banyak sangat persoalan tentang persahabatan dalam kepala hotak aku ni. Sebab apa? Sebab aku tengah pikirkan keadaan Kak Sari aku yang tengah tidor kot, ehh bukan-bukan, yang tengah praktikal sekarang ni. Kesian pun ada bila sometimes she called crying! Tapi dipikirkan balik, Kak Sari aku memang hati lembut lah. Tak boleh nak kata apa. Haha. Memang kalau letak aku di tempat dia, aku ni jenis keras kepala memang buat tak tau apa orang lain cakap teehee~ 

So Kak Sari! I know you're reading right now aite aite? You're my stalker aite? Teehee~ XD Be strong okay, take what they said as a weapon for you to rise yourself, not to rise the bread okay, got it? Oh okay you got it -____-" Kekeke~ It just left 2 months aite?! Haa only 2 more months! I know my sista can do it (; <3 <3 <3


give a fan if our gp increase

Assalammualaikum.


Aku boleh ter post nya entry ni sebab ter baca nya entry Miss MTT ni ;> Oh patot la panas sekarang ni.. dan jugak sebab aku terpikirkan keadaan kelas aku yang lebih tepat dikatakan cuaca kat kelas aku yang terlampau winter tu!  -__________-"

Yeeaahhhh korang tau kan betapa panasnya Malaysia sekarang ni kan kan kan. Jangan nak tipu lah kalau kau cakap tak yekkk *kedua belah tangan berpeluk tubuh dan muka tengok ke atas dengan bongkaknye 

Tapi tu lah, dalam entry tu ada cakap dijangka hingga 9 Mei 2011 ja tapi sampai sekarang still lagi. Well hello, dah trangtangtang dijangka duhh.

Kat rumah aku ni biarlah berapa banyak kipas pun, kipas siling ka kipas diri yang tinggi tu ka dan terkantoi lah dengan mak yang aku tak pernah cuci kipas sampai berhabuk dah haa! Tu pasal panas sama kot ngeeee~

Aircond tak ada ka Cikmie? Haa rumah aku kaya sangat, tak main arr aircond aircond ni, aku bajet sikit, aku bajet kata aku ni penjimat cermat tahap dewa -____- Kalau nak aircond jugak, esok pagi-pagi kena bangun siap-siap then pergi ketuk pintu workshop Ah Chong mintak air bateri kereta. Yelah, sebab kalau nak jugak aircond kat rumah aku, pergi tidor dalam kereta lah jawabnya. Amacam hospitality aku? Teehee~

Serious derr, aku dengan mak sekarang ni tidor memang berkemban ahh, oups! Bukan-bukan, bukan berkemban. Memang tak ber toto lah atau bahasa betulnya tak tilam/cadar. Main redah tidor atas lantai ja haa. Ingat sejuk dah, MashaAllah! Panas jugak yekk mak adoyai. Sampai satu ruang istirehat ni haa kami berguling fewwww. Macam bengkek punya kelentong kan? Brada! Tak tipu oh, ni aku jujur por the bely pest time ohhhhhhhhhhh *angkat tapak tangan kanan sambil buat muka innocent


Haa haa, the entry title! Seharian jugak err tak lah seharian sangat, kelmarin, ada lah dalam 2 3 minit macam tu aku terpikirkan cuaca kat kelas aku tu. Kesian dekat classmates, semua panas, dah tu habis ja exam bila suruh susun meja balik, semua pakat berebut nak duduk bawah kipas. Huishhh kesian! Aku time exam memang trangtangtang dok bawah kipas. Tu aku tak paham perasaan diorang macam mana. Heee~ Chill bradas sistas =D

Aku terpikir, kenapa tak pihak sekolah aku buat macam ni je? Bagitau kat whole classmate aku yang pihak sekolah akan pasang extra fans dalam kelas kami kalau GP mid-terms kami kali ni meningkat? Haa! Nahh sah sah semua pakat put an effort atau kalau yang memang malas nak study tu tak boleh kata apa, meniru jugak -_______- Haa haa kan kan? Betul tak apa aku cakap? Dah nama pun remaja separa budak. Memang kalau nak kan sesuatu tapi disertakan dengan syarat, memang dia akan berusaha punya untuk dapatkan apa yang dia nak kan kan kan. Tak betul? Habis apa yang betul?

Well itu apa yang aku pikirkan (= Aku tak tau lah apa yang others pikir. Oh yeah, talk about mid-term. Ohhh makkk! Takut result nanti! >O<" Dan hari ni, bengkel akaun dibatalkan, huahahahaha! XD

Sunday, May 29, 2011

Sunshine Smile Contest by Ashraf Jalil

Assalammualaikum.

Ashraf Jalil & Shafiq 

The actual picture that I want to attach for this contest tapi disebabkan card reader yang terlampau cerdik, petang tadi cpu aku cannot read my baby memory tapi lepas aku dah post semua entry kasi dekat Ashraf semua cukup, tadi aku cucuk lagi sekali card reader kat cpu, boleh pulak cpu read! Hampagas betollah -_______-

Well aku post entry ni again pun sesaja je siapa tahu tuah siapakan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Wahhh rindu Cikgu Haslina ku! ;D

 Senyuman saya paling ceria sebab saya sudah kenyang makan nasi beriyani di rumah Deqwan (;



Kawan-kawan yang saya tag :

Haa aku tau pasal contest ni from this totally comel punya awek Yasmin Redzuan. Thanks to you honey (;

no price tag when it comes about him

Assalammualaikum.

Sangatlah mengada-ngada, manja, kuat merajuk, keras kepala tapi tu jugak lah yang aku suka layan. Haih nak buat macam mana. Bila hal sayang ni memang tak boleh nak buat apa derr haha.

Dari awal aku nampak ja dia, aku terus cakap kat diri aku sendiri, aku akan dapatkan dia! Yes, I will get him no matter what. And now I really got him. V(^_^)V *kedua tapak tangan tutup muka malu Hehe. Dah lah datang lambat dari orang lain then satu kumpulan pulak dengan aku kan, memang saja arr, aku pulak orang lama ehem orang yang datang awal lah, so macam senior sikit lah hehe. Suka arah dia buat itu buat ini hehe sorry sayang.

Moreover, he has the chinese looked, I love it! ;) Entah tak tau kenapa, my ex-boyfriend pun chinese looked jugak, derr meluat ingat pasal dia haha t(-__________-)" Takdir lah tu, kononnya haha (=____=) And he's superb taller than me! Itu memang aku suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! XD Bukan sebab apa, paham-paham lah ketinggian aku yang 170cm ni kan kan kan *muka merah padam habeh! 

Haa now dua-dua orang (aku dengan dia) tengah pening pikirkan apa nak jadi dengan future *type sambil nak throw up haha! kami bila dia sambung study 11hb ni and aku dah kena start fokus untuk my big death exam huhu. Yalah, he will be busy with his study and same goes to me. Kalau dua-dua understanding tahap superb tak apa ni takut kot kot lah tak, inshaAllah we will (= Miss you gulahati weeeeeeee~ (;

Cinta tiga segi antara pemain bola

Assalammualaikum.


Haa haa thanks click entry ni even aku tau korang tak pernahnya teringin nak click pun kan kalau berkaitan dengan blog aku yang boring ni kan kan kan. *adoyai buat ayat pasrah pulak Cikmie ni 




Ter-post nya entry ni sebab aku baca entry Kak Elia, Sorry Aidil I have to dump you for him ni. Fuhhh jangan tipu lah kau tak kan teruja dan nak baca sampai habis bila tengok title dia. Dah click? So how? Hahaha! XD

Aku suka sangat entry tu! Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat! Tak tau kenapa. Maybe sebab aku suka macam mana kegedikan dan mengada nya typing Kak Elia tu =D Macam comei ja haha. By the way, car plate num tu ehemm Kak Elia boleh ingat sebab minat punya pasai tapi bila baca balik, takdak nya nak ingat aih kalau tak minat! Hahaha sebab aku pun tak lah minat sangat then memang tak minat apa yang berkaitan dengan nombor ni -________- Lemah matematik sungguh lah kau ni Cikmie.

Go to HELL LG

Assalammualaikum.

Yeahhhh, ada yang tau dan ada jugak yang tak tau siapa budak comel ni dan aku termasuk lah golongan yang tak tau tu sampailah aku baca entry Hidayah (:

Name : Maddi Jane
Age : 12 y/o
From : Chicago, USA

Wooo seriously dude, her voice really makes me goosebumps! Memang macam "What the.. Is it true her age is 12 y/o?" Haa want to know why I asked like that? Just go to youtube and listen her sang, pehhh! Then you will ask the same thing like me (= And the title LG is Lady Gagap. Well I really want her to learn how to sing & entertain from this cute lovely girl (:

And I have been listening to this song from 2pm until now, no joke okay (=

What's your favorite season, and would you live all year in that season if you could?

Winter, and yes! I would! (^O^)V

HOT question please x)

Sebab Musabab Nama Peek-A-Boo

Assalammualaikum.


Haa mai mana idea pemikiran untuk menge-post entry sebegini dikala kebosanan terlampau? Haa terima kasih jugak kat Ashraf Jalil yang menge-post entry about his "a bowl of soup" blog (= Baru aku paham kenapa nama dia sebegitu rupa haha. And this idea actually from this lovely beloG MTT (=

Aku pilih nama "peek-a-boo" sebab aku ni jenis kaki skodeng blog, vlog, facebook, tumblr & twitter orang tambahan pulak yang comei-comei, cool, lawak bahasanya, then banyak contest, full of idea, info and tutorial. And "peek-a-boo" jugak dipilih sebab kebanyakkan Korean dramas & movies yang aku tengok selalu gunakan ayat tu (=

That's it, thanks MTT (;

Saturday, May 28, 2011

Selamat Hari Ibu Jururawat Lahir Guru

Assalammualaikum.


Sebelum tu, entry ni sangatlah berhabuk yang patut ditiup dengan hembusan yang sangat iklaih melalui napaih yang sangat mendalamnyaaaaaaaaaaa! Sebab apa? Sebab dah terlampau lama sangat di-draftkan haa entry ni hehe sorry lah noh.

Okay here we go. Hari-hari atau yang se betoinya minggu-minggu yang lepaih berlalunya tarikh HARI IBU, HARI JURURAWAT, HARI GURU & jugak HARI LAHIR bagi dua orang wanita di dalam keluarga aku *big smiley 


It's Hajah Puan Fadzilah a.k.a. my BEAUTIFUL MOTHER & Miss Fadzlinawati a.k.a. my CUTE SISTER ever! *kedip-kedip mata bermakna 


Seperti tahun-tahun yang lepaih mak aku memang tak pernahnya tak terpedaya dengan tipu helah anak-anak dia hahaha *gelak sethan Actually setiap tahun aku dengan Kak Ina, Kak Sari, Abang & Kak Liza akan plan surprise event for our beloved mom *qenyih sampai telinga sambil kedua belah tangan berpeluk tubuh And this year di update sikit plan nya, sikit ja haa. Tambah lah sikit causes event tu, meant selalu celebrate only 1 date but this year 4 in 1 (: Haha yup yup 4 dalam 1. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seperti biasa, Kak Sari tak dapat tersenarai dalam list lembaga-lembaga kerana beliau sangat sibuk dengan tender-tender projek berjuta beliau haha -________- By the way mak, jangan marah yekkk hehehe *kedip mata simpati 










4 tembun please jadi Scottish Fold

Assalammualaikum.

Now pleaseeeeeeeeee someone give me a cute-mute-tembum-comel sugar glider or scottish fold, pleaseeeeeeeee! m(>O<)m

Sekarang aku dah ada empat ekoq scottish fold, tak percaya? Lerr serious aih aku tak muhong lah, ni gambaq ni bukti.



Err okey okey, sorry, aku mengaku aku tipu. Haha -_____-" Alaa sekali sekala berangan depa empat ekoq ni foldie pun tak boleh ka? *aku suka paggei foldie, macam comei ja haha

Member aku ada jugak yang nak bagi wahhh bagi tu. Palahotak kau depa nak bagi haha. Paling kurang depa juai lah muqah sikit kat aku kan kan KAN?! Hehehe ^(^____^)^ Entah bila boleh dapat pun tak tau lah haihhh.

By the way, bermusabab jugak ni aku entry ni. BOLEH BAGI SUGGESTION TAK UNTUK NAMA BE-BUDAK BERBULU EMPAT EKOQ NI?


Terima kasih daun keladi, love yaaaaaaaaa (;

Tuesday, May 24, 2011

Sunshine Smile Contest by Ashraf Jalil

Assalammualaikum.

Ehemmm belum ada gambaq lagi lah. Sabaq-sabaq. Aku masih ragu-ragu ni, sesuai ka aku masuk contest ni ehh?

Plus memang tak ada gambaq lagi lah hehe. Ingat weekend ni baru nak tangkap gambaq sebab this month seriouly aku qasa oksigen tak cukup ja untuk aku bernafas ka pokok-pokok sekalian dah tak ber-fotosintesis?! Ohhh tidak jangan berlagak pandai Sains di sini ya Cikmie -_______-"

Well let me list you the reason I'm hesitate to join this contest because :

1. I doesn't have a SUNSHINE smiley (sunshine here can carry more meaning & for me is beautiful!) 
2. I'm not that photogenic
3. I'm not that friendly with my baby nikon yet
4. There's no buddy that can take my pictures (how I wish my mom know how to use baby)


Yeah I know, there's no wrong to try instead, I won't loose anything and I can even keep myself active in this blogger kingdom aite ;D

Tell me your opinion about me joining this contest, thank you so much for your collaboration (;

Friday, May 20, 2011

Ter-comel SANGAT

Assalammualaikum.

Ohh tidakkkkkkk aku bukannya nak berceloteh tentang bayi yang control comel ni *err actually memang comel pun dan aku yang jealous Di sini aku nak hingaq pasai wajah baru mukabuku aku! Di translate jadi lah the new face of my facebook page!

Ohhhhhh sangat lah mengujakan aku sehingga kan aku tak berenti menatap kot. Okey bukan kot lagi, memang pun -_____-" Biaq gambaq ni ja yang jadi buktinya kekeke~

Aku suka log in page ni, besaq, kemaih & macam tumblr pulok tapi cool!


Tu nampak family list tu? Rounded-corner tu! Tu nampak tagged photos tu? Ada shadow tu! ♥ it! 


Aishh suka lah bentuk album dia tu uihhhh mengancam XD


Tu tu ada lagi rounded-corner ishh ♥ Dah tu shadow shadow blur ja page dia suka! >.<

Aku dapat tau pasai ke-comel-an mukabuku ni pun dari dashboard aku jugak, ehh bukan. Dari blog si kakak cantik manih ni jugak NisaKay. Then baca punya baca, terima kasih jugak kat brother handsome ni Meuz. Uuuuuuuuhhhhhh tak boleh berganjak bontot aku ni asyik ngadap mukabuku ni ish ish sadis betoilah. 

Thursday, May 19, 2011

He goes again

Assalammualaikum.

Yeeeaahhhhhh, here he goes again! Memang aku suka huhh.

Kali ni Alor Setar pulak eh, haihhh aktif sungguh tak padan dengan ketot comel haha. Nasib baik lah tu minat you kalau tak memang I dah call you sekarang and sure punya lah telinga you mesti menanah arr dengar I bising haha! Punya sayang credit uhhh mesej facebook ja kot lah nak text ka kan adoyai -_____- Haha.

Eh tadi ayah Chamie relief kelas aku kejap tadi time paper Sejarah, alaaa Cikgu Rizal lah haha. Tuuudiaaaq punya lah bising memang talkative sungguh dia ehh? Siap bagi speech lagi haha. But yang syok sikit tu memang tak ada arr budak yang berani bangun nak pergi toilet time dia relief haha, pakat tahan habis semua haaa aku tak tau lah kalau ada yang ada batu karang mampoih kot yang tak ada tu ada terus satgi haa tuudiaaq muhong dah Cikmie muhong dah hahaha =________= Dan dan dan! Pehh sayang sungguh dia kat Ammar siap nak bagi jawapan paper Sejarah lagi haa haiyaaa berat sebelah betul dah tu saja ja cakap kuat-kuat about Math Intensive Class specially for cricket players. Nampak tu yang di bold kan tu? Haa haihhhh menanah telinga meluat macam dia saja boleh buat untuk players dia -_______- 

Nur Kasih!
Adoyai kalau tak nak pergi tengok dah ni, mesti time aku tengah ada atas kerusi dalam bilik nombor 4 (wahh pandai-pandai kau ja nak tetapkan bilik mana) Tapi nak buat macam mana bukan rezeki *uwaaa!* Alia tak jadi pergi pulak huhu, tak kan aku nak pergi dengan kakak dia dengan members dia lagi fuhhh malu aih ceq haha. InshaAllah ada rezeki esok ka cuti nanti ka kan =P 




Tuesday, May 17, 2011

Kongsi NurKasih Rio FastFurious5

Assalammualaikum.
Yummmyyyyyyyy. Tapi maaf lah yokk, di sini aku bukan nak cakap pasal icecream sundae yang sedap yummy colourful ni, 

But I want to talk about movies! (= Yeahhhhhhh movies! Siapa yang tak suka tengok movies baling BB korang! Haa see see, tak ada lagi yang baling BB ni haa so aku ambik tu sebagai semua suka lah yekk haha sorry sorry aku saja nak meng-happy-kan diri sendiri sikit (:



Well like Anwar Hadi said in one of his vlog, if you doesn't like any movies, no need to said vulgar words saying that you don't like this don't like that in that movie, rather than say that maybe you can say this, "Urmh well dude it's not my taste" easy right. 

Ahaaa aku cakap berbuih but actually aku tak tengok pun lagi cerita ni hehe. 

Kongsi, showtime Khamis bersamaan 12 Mei 2011. Aku belum tengok lagi dan ramai kawan aku yang dah tengok. Biasalah, ada yang bagi komen best dan ada yang tak but like I said just know (: *angkat bahu dan kedua belah tangan*

Nur Kasih, showtime Khamis ni bersamaan 19 Mei 2011. InshaAllah aku ingat lepas sekolah terus nak pergi tengok, kalau tak ada exam hari tu memang tak lah kan lepas sekolah nak tengok movie -__- Fanatik punya pasal semua sanggup ngee~


And this two movies! Wuuuhoooo love it dude! Totally love it! >.< Yang paling aku suka entah tak tau lah ada kena mengena ke tak kan, both movies take place at Rio, Brazil! 

Rio. >.< Thousand love it. Kalau aku tau comel cenggini mesti aku tengok Rio3D kat cinema VM dah tapi dah just out of plan kot aku dengan Kak Sari terus siap-siap dan mengangkat kaki ke cinema CS then nampak cerita ni showing tengok je lah. For me if you love Madagascar, Kung Fu Panda etc, you got to watch this. Adventure, comedy, animation, family <3
: U
: 7 April 2011
: 1 Hour 40 Minutes 
: 5 stars

Fast Furious 5. Okey, like what I expect tak banyak sangat drift like FF1 but still love it. >.< Though it's look cool to me. I love how the mission got resolved. And The Rock being a police, pehhh! Nak tergelak pun ada sebab macam tak kena sikit watak dia but still love his body, awww *pipi kemerah-merahan* And, err berapa banyak and lah weh -___- Okey okey, dan the stunt from building to building, love it, memang tak sayang nyawa haha. Okey last AND, the most I love, it's actually PG18, I'm 17, ahaaa so yeeahhhh, so what? *berpeluk tubuh sambil kening diangkat seperti Ziana Zain* Huahaha, bajet macam hebatkan 
-___- Sorry. 
: PG18
: 5 Mei 2011
: 2 hours 15 Minutes
: 4 stars

Lepas ni tengah plan ni nak tengok Nur Kasih pulak, yeeeehaaaaa~ (: Amacam, nak teman? Hehehe~