Sunday, December 11, 2011

Terlupa!

Assalammualaikum.


GERHANA BULAN!

Aduh, boleh pulak aku terlupa pasal gerhana bulan. -.-" Penat punya pasal dari pagi keluar main bowling, petang pergi meminang/sarung cincin tunang untuk sepupu aku, kenduri sana sini. Balik-balik rumah terbongkang penat atas katil. Terbangun pukul 10.45pm, mandi, online, kat facebook & twitter penuh dengan orang dok post pasal gerhana bulan. Menyesal aku, aduh, memang bukan rezeki aku. Pukul 1.15am Emak terbangun then ajak aku tengok kot kot lah ada lagi sikit eclipse, tapi memang bukan rezeki aku ]= 

Wassalam. Okbhai.

Buat Dosa!

Assalammualaikum.


Ohhh yaaaaaaaaa, memang betul. Pagi-pagi lagi, maksud pagi aku ialah 11pagi bersamaan 10 Disember 2011. Pagi-pagi lagi aku dengan Kak Siti dan Tina buat dosa! Ooohh jangan berfikiran cetek, dosa yang kami buat, mesti punyalah dan tanpa ragunya aku tau hampa pun pernah buat. Ahhaaa serius =D

MENGATA atau MENGUMPAT atau yang sama waktu dengannya.

Pagi tadi aku pergi main bowling dekat A***** S********, line 24, lol! Perlu ke bagitau line berapa? -.- Kami ambik tiga games, ya, dalam masa tiga-tiga games tu lah aku dengan Kak Siti asyik buat dosa ja. Mana tak nya, dari awal games sampai ke habis, kiri dengan kanan line kami penuh dengan orang-orang/pasangan gedik, poyo dan bajet! Uurrgghh serius tak boleh fokus. Sebab tu lah aku lebih suka main bowling dekat P*** A*****. Know why? Sebab keadaannya lain, lain sangat-sangat. Kat P*** A****, orang yang datang main memang bertujuan untuk main dan berseronok dengan keluarga atau kawan-kawan. Tapi dekat A***** S********, orang yang datang main hanyalah bertujuan untuk menghabiskan masa dengan tunjuk depa paling tera, paling hot atau paling kacak/cantik dan! Kononnya depa saja pasangan yang paling manis seperti gula hati! Eeww -.-" Dan kami tau yang orang-orang sebelah kami semua perasan bila kami ajuk balik apa yang depa buat. Hahahaha! Kisah? I'm the kind of forthright okay dude, kalau aku tak suka sesuatu, kadang-kadang aku sendiri pun tak sedar yang muka aku memang tunjuk yang aku tak suka walaupun aku cuba untuk sembunyikan haha. 

1. Awek suruh pakwe nya pakaikan stokin untuk dia. Duhhhh?! What the GEDIK? 
2. Bila bola bowling masuk dalam longkang, buat muka merajuk dan cakap "tak nak main lah!" Betul?! Macam tu boleh aku guna line hampa? 
3. Baling-baling atau lebih tepat juggel [tak tau dalam Bahasa Melayu] bola bowling. Bruhh, apa kejadahnya tu? Sini bukan sarkas okey dan kalaulah hang tak sempat nak sambut dan bola tu jatuh atas kaki hang macam mana? 
4. Tak habis dengan juggel, bila tangan lenguh juggel, bola terlepas sebelum masuk line lagi! Haa baru tau tutup muka. Hadoyai.
5. Tak perlulah kot buat-buat tomboy, usha orang tak puas hati dan ajar kawan hang macam mana nak main dengan cakap kuat-kuat. Serius lawak sebab muka hang memang lembut! Comel sangat tapi sayang kalau hang cuba nak ubah ciptaan ALLAH.
6. Gelak kuat-kuat bila strike dan cakap "HAHAHAHAHA! Alamak, semua pin aku jatuh weh! Sorry, macam mana ni? HAHAHAHA! P/S bila aku cakap gelak kuat-kuat tu, aku maksudkannya okey, gelak dia sangat kuat dan terasa macam anak tekak kering tak minum air seminggu. [Yaka?]

Haa selain dari perangai yang beraneka ragam tu, satu lagi yang aku stress eh tak, tengok, dah terikut Kak Siti, bila jadi gila cakap stress. Haha! Satu lagi yang aku tak puas hati bila orang yang jaga kaunter tu atau sesiapa saja lah yang bertanggungjawab jaga audio atau muzik, elok ja lagu Opick dimainkan, tak pasti tajuk apa tapi semua lagunya berasaskan ketuhanan, boleh pulak depa tukar ke lagu omputih?! Aduh masa tu memang aku dengan Kak Siti panas sangat dah, apasal? Lagu ketuhanan tak sesuai lah untuk tempat macam tu? Adoi, siapa tahu, lagu-lagu macam tu, bila orang bukan Islam dengar dan mungkin ada orang yang betul-betul pahamkan maksud disebalik liriknya tu, mungkin ada yang akan mula menyelami tentang Islam dan inshaAllah memeluk agama Islam. Tapi, kita orang Islam yang ada dekat situ pun memainkan peranan yang penting. Tapi dah kita pun macam depa jugak, depa nak kisah apa kan. 

Emmm, tu ja lah yang aku boleh cakapkan tentang apa yang aku nampak pagi tadi. Ya, aku tau, aku pun bukanlah hamba ALLAH yang sempurna tapi ingat, tiada siapa pun yang sempurna kecuali ALLAH SWT. Nak berbuat jahat, sangat senang. Nak berbuat baik, sangat susah. Sekarang, Alhamdulillah, aku cuba untuk mengubah dari buruk kepada baik secara perlahan-lahan. Tak pernah terlambat untuk berpatah balik ke jalan ALLAH. 

Okey, mungkin dah cukup aku luah apa yang aku rasa tentang pagi tadi. (= Wassalam.

Okbhai.

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu 2

Assalammualaikum.


Wuuuuhuuuuuuu. Bagus betullah hobi aku sekarang. Balik rumah ja mesti nak mengadap pc ni. Dah tu bukan mengadap ja macam orang tak hargai hidup okey, asyik sangat dengan chatting, typing ja kerja sampai naik longgaq dah keyboard ni -.-" 

Oh yeah, ha'ah baru balik ja ni. Baru balik dari tengok wayang, cerita Ombak Rindu buat kali kedua. Ha'ah, kali kedua feww. Dah tengok sekali lagi baru paham. Almaklumlah, selalunya tengok wayang mesti aku lewat err dalam err 10 minit? Aku pun tak tau lah kenapa aku lewat, nak kata bersiap lama tak, tapi mesti masuk panggung lewat dalam 5 or 10 minit. Dah tu mulalah merungut kata tak tau apa jadi awal-awal lah, tak paham lah apa lah haihh. Tapi malam ni aku betul-betul paham dan aku suka sangat. Suka sebab aku berjaya sampai panggung 20 minit awal! :D Dah tu tak menyempat-nyempat nak masuk, cerita pun tak habis lagi aku dah nak redah. Gelojoh kau ni Umi! lol (-_^)

Tapi bila tengok dengan kak Ina ni memang jadi kot lain. Cerita romantik pun boleh jadi cerita lawak. Adeh :D Tak tau kenapa hahaha. Dah lah kuat melatah, mulut tak boleh control, dah tu boleh pulak kak Ina asyik gerak-gerak, gerak sebab nyamuk! Adoi, boleh pulak nyamuk pi kat kak Ina ja noh. Kak Ina kata tak boleh nak feel sangat sebab angkatan nyamuk asyik gigit peha dia. Hahahahahahahahaha! Tu lah, nak sangat tengok midnight kan, memang nyamuk balik "rumah" seronok lah ada "makanan". Hahahaha! 

Dah habis tu, mula lah perut aku mainkan lagu Ombak Rindu, Lara Lagi dan Untuk Kamu. Pehh, takmau kalahkan perut aku ni. Asyik nak ikut tema ja, dah tu boleh pulak remix remix tiga-tiga lagu tu. Jadi kak Ina baik hati sangat malam ni, ajak makan kat makbul dulu. Dalam kereta, kak Ina cakap nyamuk panggung ikut dia masuk dalam kereta. Hahaha! Tak habis lagi dengan nyamuk panggung, dekat makbul, ada pulak nyamuk makbul. Adoi, kak Ina kak Ina haha. Dalam perjalanan pergi makbul, serius aku tak tipu, HotFM boleh pulak mainkan lagu Ombak Rindu. Dah habis makan tu, dalam perjalanan nak balik rumah, AGAIN! HotFM mainkan lagu Ombak Rindu lagi! :D Waaaaaaaahhhh, gila kau. Eh bukan kau, aku dengan kak Ina memang jadi gila dah, buka suara kuat-kuat, nyanyi lah masing-masing dengan penuh perasaan dan bajet ala-ala pernah belajar kelas vokal dengan cikgu Siti Hajar. Hehe. *kedua tangan atas bahu mata tengok ke atas* Kebetulan sangat-sangat lah kot rasanya ni, kebetulan yang sangat aku sukaaaaaa (; Buatkan aku berangan-angan nak kan lelaki macam Hariz(Aaron Aziz) *.........* Okay! Aku sangat lah berangan sekarang ni. Macam lah ada lelaki macam tu nak kat aku -.-" *pfft*

Okey, aku tau aku kena sedar diri tak cantik dan jugak sedar diri yang sekarang dah pukul 2pagi. Ergh! Umi stop it lah, asyik sangat dengan online nanti dah terbiasa baru tau, orang lain siang kerja kau tidur masa kerja, orang lain malam tidur kau tengok orang tidur. Haiyoyooooooo! Bahaya ni, perlukan masa rehat yang cukup. You pun same eh, tidur cukup tau-tau. Errr? Kat siapa aku cakap ni? Anybody lah sayang (: 


Okbhai (; *in love mood and dreaming for a romantic guy like Aaron in OR and Farid in LBS, awwww *blushing* * (Y)

Friday, December 9, 2011

Marah mestilah bersebab

Assalammualaikum.


Nak tanya, ada tak orang yang marah tanpa sebab? Atau memang orang tu memang tak pandai nak kawal emosi? Ya, aku tau semua benda yang terjadi mesti ada sebab dan samalah macam perasaan marah. Kita tak sukakan sesuatu barulah kita marahkan. Emm.... 

Selalunya lah kan, kita mesti tau yang sebenarnya kita tau kita buat salah kat orang tu dan orang tu tengah marah dekat kita. Tapi masalah aku sekarang ni, aku tak rasa macam aku ada buat salah dekat dia sebab sepangjang ni memang elok je lah hubungan kami. Balik sekolah, balik kerja mesti sembang-sembang, melawak, makan sekali, buat kerja sekali, tidur sekali. Tapi tiba-tiba pagi tadi dia marah aku bila aku tanya benda remeh yang aku terlupa. Yala, mestilah kena tanyakan bila kita terlupa? Malu bertanya sesat jalan. Bila aku cuba untuk perbetulkan kesalahan aku walaupun aku tak tau pun apa sebenarnya salah aku, dia buat endah tak endah ja, buat muka, tak tengok aku langsung. Well hello? Aku pun ada perasaan jugak. Kalau dia boleh marah aku dengan tiba-tiba tanpa sebab, emosi aku pun boleh berubah dengan tiba-tiba dengan bersebab. *sigh* Aku tak suka benda macam ni jadi, aku tau marah dia ni bukan kejap ja. Aku tak nak, berdosa besar aku buat dia marah, terasa hati, menangis dan tak bercakap lama-lama ni. Aku nak mintak maaf tapi dia tak nak layan aku! Macam mana? )':












Emak, Deqmie mintak maaf kalau Deqmie ada salah cakap kat Emak pagi tadi. Apa yang Deqmie cakap tu Deqmie tak maksudkan pun, Deqmie melawak ja. Deqmie mintak maaf sangat-sangat. Deqmie cintakan Emak, Deqmie sayangkan Emak sangat-sangat-sangat-sangat-sangat! 

Okbhai.

Dah lama tinggal


Assalammualaikum.

 Huwaaarrghhhh~ Lamanya tak update blog aku ni. Seriously i miss you bloggie. Ummuaahhmmuahhmuahhh! Eh sat sat, ada spider web kat hujung angle blog aku *tiup-tiuphabisnapaih*

Duhhh serius aku dah jadi kekok, tak tau nak update apa & nak cakap apa. Duhhhh, ni masalah besar ni! >O<" !!!!!!!!! Mana hilang minat menaip aku?! Tidakkkkkkkkkkkk!

Ergh okey, aku saja buat teruk, saja nak habaq cerita panas.

YEYYYYYYYYYYYY! AKU DAH ......................

Ya ya, dah lama habis SPM -.-"

Duhh, tu aku cakap, dah lama tak update so cerita yang panas macam ni pun aku tak update. Kawan-kawan blogger aku yang lain, aku baca blog depa, fuhhh! Penuh dengan post-post "IT'S OVER!" "MERDEKA!" and so on off online offline -.-"

So dikala aku rasa macam aku hebat dah pukul 2pagi tak tidoq lagi mengadap pc semata-mata nak update blog, yes, konklusinya aku nak kata aku tak mengantuk lagi dan rasa macam ada masa ja nak update blog before tidoq. Bolehkan? Tak salahkan aku nak update? Kan? KAN?! Terima kasih (;

Okbhai.















p/s : Haa ha'ah, yang tu ja lah yang aku nak update. Dah-dah, jom tidoq.