Sunday, December 11, 2011

Buat Dosa!

Assalammualaikum.


Ohhh yaaaaaaaaa, memang betul. Pagi-pagi lagi, maksud pagi aku ialah 11pagi bersamaan 10 Disember 2011. Pagi-pagi lagi aku dengan Kak Siti dan Tina buat dosa! Ooohh jangan berfikiran cetek, dosa yang kami buat, mesti punyalah dan tanpa ragunya aku tau hampa pun pernah buat. Ahhaaa serius =D

MENGATA atau MENGUMPAT atau yang sama waktu dengannya.

Pagi tadi aku pergi main bowling dekat A***** S********, line 24, lol! Perlu ke bagitau line berapa? -.- Kami ambik tiga games, ya, dalam masa tiga-tiga games tu lah aku dengan Kak Siti asyik buat dosa ja. Mana tak nya, dari awal games sampai ke habis, kiri dengan kanan line kami penuh dengan orang-orang/pasangan gedik, poyo dan bajet! Uurrgghh serius tak boleh fokus. Sebab tu lah aku lebih suka main bowling dekat P*** A*****. Know why? Sebab keadaannya lain, lain sangat-sangat. Kat P*** A****, orang yang datang main memang bertujuan untuk main dan berseronok dengan keluarga atau kawan-kawan. Tapi dekat A***** S********, orang yang datang main hanyalah bertujuan untuk menghabiskan masa dengan tunjuk depa paling tera, paling hot atau paling kacak/cantik dan! Kononnya depa saja pasangan yang paling manis seperti gula hati! Eeww -.-" Dan kami tau yang orang-orang sebelah kami semua perasan bila kami ajuk balik apa yang depa buat. Hahahaha! Kisah? I'm the kind of forthright okay dude, kalau aku tak suka sesuatu, kadang-kadang aku sendiri pun tak sedar yang muka aku memang tunjuk yang aku tak suka walaupun aku cuba untuk sembunyikan haha. 

1. Awek suruh pakwe nya pakaikan stokin untuk dia. Duhhhh?! What the GEDIK? 
2. Bila bola bowling masuk dalam longkang, buat muka merajuk dan cakap "tak nak main lah!" Betul?! Macam tu boleh aku guna line hampa? 
3. Baling-baling atau lebih tepat juggel [tak tau dalam Bahasa Melayu] bola bowling. Bruhh, apa kejadahnya tu? Sini bukan sarkas okey dan kalaulah hang tak sempat nak sambut dan bola tu jatuh atas kaki hang macam mana? 
4. Tak habis dengan juggel, bila tangan lenguh juggel, bola terlepas sebelum masuk line lagi! Haa baru tau tutup muka. Hadoyai.
5. Tak perlulah kot buat-buat tomboy, usha orang tak puas hati dan ajar kawan hang macam mana nak main dengan cakap kuat-kuat. Serius lawak sebab muka hang memang lembut! Comel sangat tapi sayang kalau hang cuba nak ubah ciptaan ALLAH.
6. Gelak kuat-kuat bila strike dan cakap "HAHAHAHAHA! Alamak, semua pin aku jatuh weh! Sorry, macam mana ni? HAHAHAHA! P/S bila aku cakap gelak kuat-kuat tu, aku maksudkannya okey, gelak dia sangat kuat dan terasa macam anak tekak kering tak minum air seminggu. [Yaka?]

Haa selain dari perangai yang beraneka ragam tu, satu lagi yang aku stress eh tak, tengok, dah terikut Kak Siti, bila jadi gila cakap stress. Haha! Satu lagi yang aku tak puas hati bila orang yang jaga kaunter tu atau sesiapa saja lah yang bertanggungjawab jaga audio atau muzik, elok ja lagu Opick dimainkan, tak pasti tajuk apa tapi semua lagunya berasaskan ketuhanan, boleh pulak depa tukar ke lagu omputih?! Aduh masa tu memang aku dengan Kak Siti panas sangat dah, apasal? Lagu ketuhanan tak sesuai lah untuk tempat macam tu? Adoi, siapa tahu, lagu-lagu macam tu, bila orang bukan Islam dengar dan mungkin ada orang yang betul-betul pahamkan maksud disebalik liriknya tu, mungkin ada yang akan mula menyelami tentang Islam dan inshaAllah memeluk agama Islam. Tapi, kita orang Islam yang ada dekat situ pun memainkan peranan yang penting. Tapi dah kita pun macam depa jugak, depa nak kisah apa kan. 

Emmm, tu ja lah yang aku boleh cakapkan tentang apa yang aku nampak pagi tadi. Ya, aku tau, aku pun bukanlah hamba ALLAH yang sempurna tapi ingat, tiada siapa pun yang sempurna kecuali ALLAH SWT. Nak berbuat jahat, sangat senang. Nak berbuat baik, sangat susah. Sekarang, Alhamdulillah, aku cuba untuk mengubah dari buruk kepada baik secara perlahan-lahan. Tak pernah terlambat untuk berpatah balik ke jalan ALLAH. 

Okey, mungkin dah cukup aku luah apa yang aku rasa tentang pagi tadi. (= Wassalam.

Okbhai.

No comments:

Post a Comment