Sunday, July 31, 2011

isnin start puasa dah!

Assalammualaikum.

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala 

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang 



Jom buat kajian sikit nak pasai Ramadhan, nak nak nak? Tak nak? Ada aku kisah? Aku ajak orang yang berjiwa ja bukan macam kau yang tak berjiwa ni -_________-" Tettttttttt, jangan marah, melawak saja di pagi nak suci ini yaa, yaa yaa, insan yang cemerlang yaa yaa (: Okey akan bermulanya ayat baku mulai saat ni okey. Sebab apa? Sebab aku copy paste dari RISALAH AL-MUTTAQIN saja meh ((: Banyak jugak aku singkatkan saja, well, tak lah sastera sangat aku ni :P


Dalil pensyariatan puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah melalui Firman ALLAH yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa." (Surah Al-Baqarah ayat 183)

RASULULLAH bersabda :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka ALLAH tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya" (Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud :
"Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji" (Hadis menurut Sahih Muslim)


Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala


SOLAT SUNAT TARAWIH dan WITR
Solat sunat tarawih, pada umumnya masyarakat Malaysia menunaikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat, ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Pada zaman Rasulluah, solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuata keberatan. Tapi pada zaman Kalifah Umar bun Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan.

Solat sunat witr kebiasaannya muslimin dan muslimat di Malaysia menunaikan sunat witr selepas sunat tarawih sebanyak 3 rakaat sahaja. Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca doa Qunut pada rakaat yang terakhir. Lafaz Qunut sama sahaja dengan lafaz Qunut solat Subuh. Jika tidak membaca Qunut, disunatkan Sujud Sahwi.


KELEBIHAN RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah bersabda : "Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu" 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a : 
Rasulullah bersabda : " .. Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya :
Rasulullah bersabda : " Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Di manakah orang yang berpuasa? Merela lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telak masuk, pintu tadi tertutupp kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" 

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya : 
Rasulullah bersabda : "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalana tujuh puluh tahun"

AKHLAK SEWAKTU BERPUASA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : 
Rasulullah bersabda : "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa apada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oelh seseorang, hendaklah dia berkata : Sesungguhnya hari ini aku sedang berpuasa, sesungguhnya hari ini aku sedang berpuasa"

KELEBIHAN BERSAHUR
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya :
Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya" 

KELEBIHAN MENYEGERAKAN BERBUKA
Diriwayatkan daripada Sahl bun Saad r.a katanya :
Rasulullah bersabda : "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa"

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang menidirkan solat(tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

KELEBIHAN LAILATUL QADAR
Diriwatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

BERI'TIKAF PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN
Diriwatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya :
"Rasulullah biasanya beri'tikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan"

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya :
"Rasulullah bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan tidak seperti bulan-bulan lalu"




TERLUPA TIDAK BATALKAN PUASA
Diriwayatkan daripada Abu Huraira r.a :
Rasululah bersabda : "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah"

BANGKIT DARI TIDUR DALAM KEADAAN BERJUNUB
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a : "Nabi bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa"

JANGAN PUASA SEHARI DUA SEBELUM RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katannya :
Rasulullah bersabda : "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa tertentu maka bolehlah dia berpuasa"

CARA MENYAMBUT AIDILFITRI
    Pada petang akhir Ramadhan, orang-orang yang meninggal dunia menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Ziarahilah kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika jauh, bacalah dia tahlil selepas asar.
    Ibnu Abbas r.a berkata bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya. Ia berdiri di pintu rumah memohon belas kashian daripada anak-anaknya. Jadi, kirimkanlah bacaan doa, sekurang-kurangnya al-Fatihah. Ingatlah ibu bapa yang telah meninggal dunia. Mudah-mudah nanti apabila sampai giliran kita, anak-anak kita akan ingat kepada kita.
    Oleh itu, jangan lah disambut dengan mercun, hiburan serta lampu dan pelbagai kemungkatan lain. Isilah aidilfitri dengan takbir.

No comments:

Post a Comment