Saturday, February 19, 2011

rugi

Assalammualaikum.

ketegaq bijik aku habaq hang! haha! haa ambik hang, keluar habis utaranya. =.=' tu baru sikit. kalau campur sekali dengan AnwarHadi & MatLuthfi macam mana lah gamaknya? .......... (errr berfikir sebentar) =.=' haha~ serious kalau budak lain ni mesti happy terguling-guling dah haa. mana tak nya, aku tak mintak pun bonda belikan kebaya untuk aku, tapi bonda beli kat aku tadi. adeh. =.=' masalahnya aku tau bonda tak ada duit sekarang ni dan aku nak guna duit tu untuk beli buku koleksi SPM lagi. okay, aku tau, macam poyo ja kan, Cikmie beli buku ilmiah, haha! LikeICare. yala, otak yang macam aku ni, tak ada boleh punya baca semua bab form4 & form5 sekali gus. kena buat soalan-soalan yang lepas. tapi tu lah. rasa rugi pulak bonda pergi beli kebaya yang harga yang sepatutnya aku dah boleh beli 5 buah buku koleksi SPM! erghhhh rugi-rugi! ni Auni lah ni, dah ajar aku jimat cermat tahap dewa. haha~ tapi derr, patutnya bonda bagi ja duit tu so aku dapat beli handbag yang aku jumpa dengan Alia & Ayu hari tu! uwaaaaa~! handbag tu sangatlah cun & for me nampak matured, i like matured style [= yes i admit, aku nampak kebudak-budakan =.=' sebab tu i want to change. erhhhh! masih tak puas hati ni sebab now bonda macam geram kat aku, bonda kata aku yang nak sangat dari dulu, yeah, it's true tapi sekarang tak perlulah sebab bonda tak ada duit, haihhhh, dah tu salah aku balik. =.=' adeh. pening? entah, aku yang tukang cerita ni pun rasa macam typing muhong dah haa. =.=' saving saving SAVING!

Friday, February 18, 2011

patient/tolerant

Assalammualaikum.

as i told by Cikgu Jamaliah, kesabaran itu sangatlah melampaui ganjarannya. paham maksudnya? i'm sorry, aku nak terangkan maksudnya pun aku tak berapa pandai but the point is patient or tolerant. sabarlah, sabar dalam segala segi, jangan senang meradang, buatlah keputusan dalam keadaan tenang kerana ganjarannya sangatlah tidak ternilai.

awesome!

Assalammualaikum.

Dude! they awesome! not for you? LikeICare! haha! seriously, please someone put them on tv or any other broadcast 'cause they too hillarious! yes i repeat it hillarious!

AnwarHadi
orang Kedah weh! <3 do follow him. whether youtube facebook twitter or whatsoever 'cause i love his english! totally in love...! with his english lah. =.='

MatLuthfi
he's Kedah too! <3 (tak silap aku lah haha) comel weh comel sangat..! video video dia! yang paling best, selamat hari ibu 2010!

NigaHiga
you think you can catch what he is saying? hahaha! dude! you awesome fast speed talking! err am i right? =.=' yeah my eng is bad. 

there's more? you know other than them?! tell me! <3

#3 Birthday

Assalammualaikum.
(18 Feb 1993)

ofcourse my cutest pet sis ever, Kak Nina!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
 akak, adik wish akak happy happy saja yoo tahun ni & good luck in your SPM result! this 28th? & remember the promise yeah! hehe~ duduk kat Bangi tu elok-elok, jaga diri lerr, i know you a big girl. =P lastly & mostly, LOVE YOU~ 

Thursday, February 17, 2011

#2 Birthday

Assalammualaikum.
 (17 Feb 1994)

Kamil or nama manja given by me(don't know if someone else already gave him this name =.=) Pakdet! 
Happy Birthday! 
know him since last year, budak baru lah kiranya last year, haha~ 
well, hope hang murah rezeki, panjang umur nohh. and do well in this year SPM too! =] 

Ego

Assalammualaikum.

okay, now i know why he avoiding me all this time. misunderstanding! ya, itu lah masalahnya. dan Iqbal jugak tak nak dengar dulu penjelasan aku. lagi lah menguatkan lagi perasaan salah paham & meluat Iqbal tu kat aku tu. haihhhh. aku pun tak tau nak buat apa dah. so now yang aku tau, buat tak tau ja, no need to explain anything at him because he won't listen to me! haa, keraih hati dak Iqbal? haha~ it's normal. macam yang orang cakap, hidup ni ibarat roda, segalanya akan berpusing kembali, apa yang pernah aku lakukan, akan terjadi balik pada aku. so it's also my fault. aku tak salahkan Iqbal dan aku tak kisah kalau Iqbal nak benci aku seumur hidup Iqbal pun sebab aku tak boleh ubah perasaan Iqbal. =]

cuma kat sini, aku nak jelaskan penjelasan yang sepatutnya aku jelaskan kat Iqbal. LikeICare Iqbal or awek Iqbal baca. haha~ sebab ni tempat luahan perasaan aku, so i can do whatever i want. okay, i know i already repeat this for many times and no doubt other bloggers would also said that. =.=' haha~
actually Iqbal memang dah annoy dengan aku lama dah. tapi ke-annoying-an Iqbal tu lagi bertambah bila Iqbal nampak aku naik motor dengan Boy. haa? Cikmie naik motor dengan Boy?! ya, aku naik motor dengan Boy. =.=' tapi bersebab derr! tayar motor Boy pancit, Boy suruh aku bawak motor Boy sampai kat stesen minyak, motor aku biar Boy & Anip yang naik, tapi aku tak reti bawak motor yang ada clash(i don't know if i spell it right), then aku suruh Boy yang bawak aku naik motor aku sebab Boy pun dah ada P, motor Boy biar Anip yang bawak, yala, motor dah pancit, tak kan nak naik dua orang lagi? tak ka botak terus tayar tu? haihhh~ then tengah on the way nak pergi stesen minyak tu, boleh pulak Iqbal & Najmi lalu dengan motor depa lah. tuuudiaaa nala laju kot Iqbal bawak. malam tu kat tuisyen Najmi tanya kalau Iqbal naik motor dengan awek lain aku marah tak? adeh masalahnya Boy bukannya pakwe aku pun! plus kenapa Iqbal nak marah sedangkan Iqbal sendiri yang cakap kat aku Iqbal dah tak ada perasaan kat aku lagi! what the?! yang aku paling sedih, habis semua member Iqbal tuduh Boy rampas awek Iqbal dan pangkah(something like boycott) Boy & sekali dengan haku pun kena pangkah! derr be matured lah. don't be such a kiddo. dengar penjelasan dulu apa-apa pun. hari tu masa Iqbal tengah hangat bercinta dengan Mira pun aku tanya dulu betul ka tak & dua-dua kata tak but behind me? adeh hipokrit. haihhh don't know lah. sekarang nampak Iqbal memang macam bagi harapan kat Mira but LikeICare, again i said, LikeICare! haha! but the truth is my heart really do care! haihhh but now hati aku tiba-tiba rasa aman, entah kenapa. =.=' pelik hati perempuan ni haha~ aku rasa macam, why i want to know about him anymore? just let it be. there's more boys out there. haha~ derr, tu mulut derr, hati lain, =.=' okay! i admit  i will wait for him! fewww~ thank you~ [= by the way Mira, go for it! chaiyok! win his heart while we not together! =D haha~ jokejoke. u can't take him from me! derr, lame girl you Cikmie! haha~

Wednesday, February 16, 2011

ikat perut

Assalammualaikum.

aku bukannya sesaja tak makan dan aku tak teringin langsung pun nak diet! apa lah yang best sangat diet tu, buat semak perut ja kosong tengok makan pebelet, meleleh air liur haha~ tak sanggup! tapi aku ni memang macam ni. malas nak makan. selagi tak diketuknya pergi makan, selagi tu lah aku tak makan. =.=' entah penyakit apa tak tau. tapi Alia & Auni memang suka usik aku dah, kata aku ada penyakit apa tu, haa! anorexia! tak tau? haa pi search kat google ka mozilla ka hapebenda lagi laman web yang hampa tau okey. haihhh. mentang lah dah belajar sampai bab tu, dah tu food result(kJ) aku pulak paling rendah dalam kelas, habis kata aku tak cukup zat. =.=' haha~ sakit hatinya. (tiru Jiha hehe) yup, sangatlah rendah food result aku. yala, breakfast & lunch cikgu yang bagi jawapan, malam ja yang cikgu suruh kami buat sendiri, malam pun apa lah sangat yang aku makan. kalau cikgu suruh buat food table sendiri dari breakfast sampai supper lagi rendah apa food result aku! =.= haha! and memang terbukti pun aku tak cukup zat, kalau gosok gigi ja mesti berdarah punya gusi aku. =.=' sakit! haihhh. memang kurang sihat betul. haha~ okay lah, got to go, ada bola baling dehh. sakit pun kisah apa aku. haha~

Tuesday, February 15, 2011

dont break girls heart

Assalammualaikum.

dude, if she's already told you that she have a feeling towards you and she want an answer, just tell her the truth. if you had the same feeling too, tell her, if not, don't be such a hypocrite. infront of her you such an loveable but behind her you annoyed with her. what is that? aku ni sejahat-jahat aku pun dan sifat pendendam aku ni pun aku masih lagi ada rasa kesian kat perempuan. aku tak tau nak kesian siapa sebab dalam situasi ni aku patut lebih kesian diri sendiri sebab hampa memang sangatlah hipokrit. depan aku punya baik semua soalan aku hampa jawab "tidak" tapi belakang aku apa??? jujur. jujur. jujur. dulu dan sekarang pun tu yang aku selalu buat. jujur walaupun hati aku dekat orang lain tapi aku kawan dengan orang lain. aku tau tu pun masih tak adil tapi apa boleh buat kalau orang yang ada dalam hati aku ni dah tak nak kat aku tapi orang yang aku kawan sekarang nak kat aku tapi aku tak boleh balas perasaan dia? so just be a friend if you really think u can't be with her, and if you can accept that feeling just don't break her heart and don't play with my heart anymore dude! you hurt my heart. kalau jawapan hampa "yes, we both love each other" , okey, tak ada masalah aih, aku boleh cuba terima segalanya. dude, people can change lah. just like you, your feeling towards me, already change right? so do i, but first i have to listen your answer so that i can erase all those memories we had been together. :'] aku mengaku, memang mudah untuk sayang Iqbal tapi bukan mudah untuk aku lupa Iqbal. don't know why. i love you dude but i can't love you if you don't love me so please tell the truth. thank you. i hope you and Mira will happy with yours hypocrisy. [=

#2 Lirik

Assalammualaikum. 
My second favorite song that can describe about that both hypocrite =]




Wali Band - Orang Bilang



Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku
Kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang
Aku cinta kamu sayang

Kamu bilang padaku
Bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku
Kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang
Aku sayang kamu cinta

Tapi orang bilang
Katanya kamu enggak sayang
Orang bilang
Katanya kamu enggak cinta
Orang bilang
Tentang kamu orang bilang

Sekarang kamu bilang
Bahwa kamu paling sayang
Sekarang bilang
Bahwa kamu paling cinta
Sekarang bilang
Aku siap mati sayang…


love Rasulullah

Assalammualaikum.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.


"
Pagi itu, walaupun langit telah mulai  menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,  Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:



 "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan  cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua  perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai  sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,  akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata  Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun  menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali  menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia  tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda  itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap  Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.  Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan  menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih  tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan  keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas  tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru  mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak  mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah  yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah  membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"  "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"  tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan  yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu  hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan  kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah  malaikat maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut  datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut  sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah  bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu  dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa akan aku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu  langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga  terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata  tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan  khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman  kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad  telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan  tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah  bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.  Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan  Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar  kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak  tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua  siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai  dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar  seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.  "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan  peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat  saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali  kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatii" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW.                                                                            


belajar mencintai-NYA & Rasulullah dulu baru mencintai umat Rasulullah yang dah ditakdir oleh-NYA kepada kita.

RB Titipan Buat Wanita

Assalammualaikum.
post credit : Anis & ILuvIslam

"
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. 

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. "


apa yang korang belajar dari titipan ni? aku belajar untuk terus kehadapan dan hidup ni sememangnya dah diberitahu dalam hadis, hidup dan mati kita hanya untuk-NYA bukanlah lelaki yang hanya ingin menodai kita di dunia sementara ini. InshaAllah hikmah yang Allah beri ini akan buat aku lebih dekat dengan-NYA. 

Monday, February 14, 2011

Allah nak tunjuk, Allah tunjuk juga

Assalammualaikum.

first, Amira Yusof & Mohd Iqbal Shamsudin. memang aku nak cakap depan-depan dengan hampa tapi apa yang aku dapat kalau aku jumpa hampa tapi hampa kata "kami kawan ja takyah dok jiwa sangat aih" :] sebab tu aku lebih prefer ber-blog. ni tempat luahan perasaan aku sebab aku dah tak ada siapa yang sayang aku jadi tolong jangan pikir bukan-bukan & kata "awat tak face to face ja kalau tak puas hati?". ni bukan kes tak puas hati tapi luahan perasaan saja, SAJA okey.


aku tak rasa Iqbal macam tu. Iqbal dah penat, dah berubah, dah fedup dengan aku. ya! Iqbal dah benci aku! itu yang aku nampak hmmm. tapi tak perlulah sampai berbohong semua ni. don't have to use lame excuses. dan tak perlulah kaitkan Boy sekali sedangkan Boy tak tau apa-apa. dan "rampas awek orang"? apa tu????????? masa bila Boy rampas awek orang? dan masa bila aku couple dengan Boy? sedangkan Iqbal sendiri mengaku dekat aku, Alia pun ada tak silap aku, yang Iqbal dah tak mengaku aku ni awek Iqbal sebab Iqbal dah tak ada perasaan kat aku dan tahun ni Iqbal nak fokus SPM so no more loving puppy love right? so masa bilanya Boy rampas awek orang? aku couple dengan siapa? apa ni? menimbulkan banyak pertanyaan pada aku tau tak. dan Iqbal kata kat aku Iqbal dah tak pakai handphone ni, kononnya ganggu ja kan. tapi apa ni? petang tadi aku pergi sekolah ada ja handphone Iqbal kat Mira. boleh kata apa yang aku dengan Iqbal dulu itulah Iqbal dengan Mira sekarang. sedangkan Iqbal sendiri mengaku kat aku yang Iqbal pun meluat kat Mira sebab Mira yang tergedik-gedik ajak Iqbal stayback dan Iqbal hanya akan pergi dekat Mira pada pukul 3.50pm macam tu sebab pukul 4pm Iqbal ada bola tampar. apa ni? don't be such a hypocrite. kalau memang nak stayback dengan Mira just be honest bila aku tanya sebab aku nak kata apa sangat aih. dengan aku langsung tak nak bercakap, senyum, jeling apatah lagi! entah apa syaitan yang ada atas kepala aku pun tak tau yang Iqbal tak nak jeling pun kan. tapi YA ALLAH, dengan perempuan lain sangatlah senang dan sangatlah rapat sembangnya. sedangkan dulu punya lah jaga-jaga kalau sembang dengan perempuan sebab takut-takut aku nampak. ceeeittt. dan sangatlah buat tak tau nya Iqbal kat aku tadi. aku cuba nak bangun pergi dekat Iqbal tapi kalau aku pergi tapi Iqbal tak layan dan hanya cakap "ahaa haa? oh entah, tak tau. haha" then bila Mira mai Iqbal cakap "hehe alolo dak aih~" macam mana? aku nak jatuh air mata aku ni depan Iqbal macam dulu? tak kan macam tu sebab tak ada guna dah. aku dah tak ada makna bagi Iqbal. terima kasih Iqbal & Mira sebab buka mata aku. :]

yes, mungkin lepas ni sama ada Iqbal tak ada dalam hati Umi atau Umi yang tak ada dalam hati Iqbal dulu. kan kan. entah entah memang sekarang pun aku dah tak ada dalam hati Iqbal. hmmmmm. tapi yang aku tau, Iqbal akan sentiasa ada dalam hati aku, dan aku tak kan teragak-agak terima Iqbal semula kalau Iqbal terima aku semula dan semua ni tak kan terjadikan? :'] hmmmm.

Saturday, February 12, 2011

feel easy

Assalammualaikum.
first time rasa macam wahh hebat lah Umi boleh jawab soalan teacher account. haha! tapi padahal tu topik form4, so ada lah sikit-sikit aku dah pahamkan. perasan yaww haha! tapi ada jugak yang aku tak berapa paham then bila pergi class tuition account ni bertambah paham lah. alhamdulillah boleh jugak, inshaAllah berkekalan lah paham aku ni sampai SPM.

ouh yeah! esok akan buat decision terakhir untuk pemilihan tee class. memang bedebaq ni huhu~ sebab macam banyak sangat lah pulak idea classmates aku nak buat tee. emm inshaAllah design aku & Nor Alia Adirah Mohd Fuad akan dapat. :] doa okey~

#1 lirik

bagi aku, lagu ni macam diri aku sekarang lagi-lagi yang (*)

Wali Band - Aku Sakit

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
*Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin

was used

Assalammualaikum.

salahkah aku? bodohkah aku? egokah aku? aku dengan dia, aku dah jadi macam terbiasa pulak dengan semua benda yang melibatkan dia. jadi fobia kalau dia tinggalkan aku. jadi takut kalau dia dah tak sayang aku. jadi rindu bila tak dengar suara manja dia, senyuman dia apa lagi pandangan dia. ya! aku sayang dia! huhh. aku mengaku aku ego untuk mengaku aku sayang dia, sayang sangat-sangat tapi apa yang aku dapat kalau aku mengaku kat dia pun? hubungan kami akan jadi macam dulu balik? aku tak rasa macam tu. aku perasan dia dah macam tak ada perasaan kat aku lagi tak kan aku nak paksa? tapi memang aku suka paksa dia sayang aku! sebab aku nak kan perasaan sayang dia pada aku tu makin bertambah dari hari ke hari. dulu memang aku terlampau ego. biar dia ja yang tunjukkan perasaan sayang dia tu sedangkan aku tak pun tapi still lagi rapat dengan dia. dan sekarang baru terasa padahnya bila dia dah tak ambik kisah pasal aku. hmmm sekarang kami still lagi kawan tapi tak lah kawan macam dulu yang teman tapi mesra terlampau tu sampaikan cikgu-cikgu pun naik fedup nak marah kami haha~ rindu masa tu. :[ sampaikan sekarang aku pikir macam ni. biarlah dia buat tak tau kat aku pun asalkan aku sayang dia dan bila dia perlukan aku, aku akan ada untuk dia. sampai macam tu sekali? ya sebab aku sayang dia sangat-sangat!


siapa dia? just let it be my old memories. :'[

i will support you!

Assalammualaikum.


pergi click dekat situ untuk paham cerita aku ni. ngee~ for me, apa saja yang ada kena mengena dengan K-POP sangat-sangatlah aku tak teragak-agak untuk tau lebih lanjut. dah jadi macam halwa telinga only for my ear lah kot. hehe~ and Fadzlinasari Rumeli pun pernah bagitau aku, masa dia pergi tengok konsert Super Show dekat KL tak silap aku tu, dia pun nampak Cat Farish. dan Fadzlinasari Rumeli bagitau dia tak berhenti-henti gelak & senyum masa konsert tu. hey, it is SUPER JUNIOR okay siapa yang tak suka. ngeee~ anyway, Cat Farish! good luck okay! their OST in drama Seribu Kali Cinta not bad. :]

Friday, February 11, 2011

don't give up

Assalammualaikum.

"if your life is wounded, just bandage it, and go on with your new life" - Puan Rohana


itu yang aku dapat dari apa yang berlaku pada orang di sekeliling aku termasuklah diri aku sendiri. tak perlulah rasa nak bunuh diri ka seksa perut tak makan ka kan kalau ada masalah. just face it. kalau dah cuba tapi tak boleh jugak serah saja pada ALLAH SWT. hanya DIA yang boleh bantu kita asalkan kita sabar dan percaya pada-NYA. kadang kita senang sangat lupa pada DIA masa senang lepas itu ingat DIA bila susah. contoh paling senanglah. kalau sakit perut mulalah "Ya ALLAH, sakitnya, mak.. mana ubat?" ni kemsipulan aku berdasarkan pengalaman aku. so ingat kalau sakit tu mesti ada hikmah atau boleh kata petanda yang ALLAH rindu kita panggil-NYA. dan ingat sikit, ubat tu bukannya boleh melegakan kita melainkan kita percaya dengan doa kepada ALLAH ianya akan menyihatkan kita selepas makan ubat itu. aku minta maaf kalau apa yang aku cakap ni memang tak sesuai atau tak betul tapi ini bahasa yang aku paham dan apa yang aku belajar. oh yeah, some advice for womans. jangan sekali-kali tinggalkan kerjaya atau tidak bekerja langsung kalau sudah kahwin sebab kita tak tau apa yang ALLAH dah takdirkan untuk kita. pahamkan? dan cuba bayangkan kalau lah keadaan tu jadi pada korang, tak ka korang terkontang-kanting mana nak cari duit? jadi atleast bila jadi macam tu ada jugak lah hala tuju kita. ini semua dari orang sekeliling aku. aku cuma kongsi apa yang aku rasa. minta maaf kalau ada yang tersalah cakap. :)

#1 Birthday

Assalammualaikum.
(10 Feb ....)
Naimah Shaari! HAPPY BIRTHDAY!
yeah i know it's actually belated but who cares. err you care? sorry sorry SORRY. lol.
she's my aunt sepupu satu dua tiga empat sepapat angkat macam tu lah kot. =.=' adehh pening hehe~
hope this year is a great year for you!

(11 Feb ....)
Hwang Chansung! HAPPY BIRTHDAY!
Oppa! saeng-il-chuka-hamnida~ make sure to take care of your health okay. be a nice maknae to all your hyungs. lmao. and make this year is 2PM year! :D

Monday, February 7, 2011

Check

Assalammualaikum.

ohmaidot! i ca't believe this! oh wau woo gila. haha~ kalau aku tak percaya apa lagi hampa kan. hari tu lagi aku dapat text ni


5 Feb 2010 5.35PM
"assalammualaikum umi hari selasa yg lepas abah kirim sedikit wang rm*** utk umi buat belanja sekolah. tak silap abah hari ahad atau isnin ni umi terima lah duit tu. abah hantar pakai cek lain kali umi bagi kat abah nom akaun saja abah boleh masuk dalam akaun ok." 


7 Feb 2010 04.04PM
"umi sampai dak lagi pos laju yang abah hantar tempoh hari?"


yes! dah sampai. thanks. woo! senang-senang ja dapat duit yek Cikmie. eh wait! siapa kata senang? hell-o. ni abah aku okey. abah yang entah aku pun keliru nak gelar dia abah atau tak. hmm 16 tahun weh bukannya kejap dia tinggalkan aku dekat bonda aku. macam tu ja dia tinggal. tulang lima kerat.. eh empat kerat bonda aku tu ja lah yang sara aku dengan 3 lagi adik beradik aku ni. ya aku tau ni adik beradik tiri tapi aku tak pernah dilayan macam tu. alhamdulillah bonda aku diberi hak untuk jaga aku. hmmm. masa dapat text yang 5hb tu macam nak reply ja kata "rm*** ja? handphone umi pun lagi mahal." tapi ishh tak baik aih kata macam tu. atleast dia bagi kalau tak bagi langsung macam mana? =.=' tapi betul apa. kalau nak dikira saat minit jam hari minggu bulan tahun yang dia tinggal aku tu, aku dah boleh beli rumah okey! it's true! ok ok aku tau hampa tak kata pun aku tipu. =.=' haha~ tapi tak kan aku nak mintak sekali gus? uishh habis dengan rumah-rumah dia & cafe dia kena bungkus. haha! ni cek dah sampai tapi apa aku nak reply pun aku tak tau. haiyaaa!

ahh lantak lah kalau nak kata aku ni mata duitan ka apa ka. yang aku tau memang banyak benda yang aku dah list nak buat dengan duit tu ni. haihhh. tapi first! first! dalam kepala hotak aku just ada "repair motor!" memang nazak dah haa motor tu. ehh takdak lah nazak sangat. biasa ja. janji aku boleh bawak sudah. just nak trim trim sikit motor tu. biasa lah dah ada owner memang ar dijaga. dulu semua pakat naik takdak owner yang betul memang kotor! haihh haha~ then then nak buat apa yang lebih? simpan dalam bank lah! wah Cikmie baiknye. keke~ betullah, aku nak save money lah. mana tau nanti dia tak hantar dah. inshaAllah bulan puasa ni aku dengan family nak tunaikan umrah. doakan lah okey. (amin) semua ngusik aku kata aku kena sahur bukak puasa semua sorang-sorang sebab depa ja ada duit. ceit! podahchih. tak aci! haha~

Luck(?)

Assalammualaikum.
aku tak tau lah ni boleh dikatakan lucky or what. tapi yang aku tau dan aku suka sebab tak ada kelas tambahan Additional Mathematics hari ni! yeyyyy! cepat-cepat jerit dengan aku sekali. haha~ cancel sebab cikgu tak datang lah. bukannya aku ponteng. "saya kan pelajar pintar" bak kata  Hadziq dalam movie Syurga Cinta tu. alaa cerita comel tu lah. ;) takda lah. joking.

ahh back to the topic. nasib baik lah hari ni entah kenapa cikgu-cikgu semua baik-baik belaka! holiday works yang berlambak diorang bagi masa cuti hari tu tak pulak diorang ungkit ka mintak hantar ka apa hari ni. fewww~ aku ingat aku sorang tak siap. haha! gelak tu dah paham? alaa buat-buat paham dah lah. macam lah kau sekelas dengan aku haha~

awal pagi tadi Mathematics Modern aku ingatkan cikgu suruh buat kat depan. feww dia baik sangat hari ni lah! =D bincang-bincang dengan kami jawapan and the solutions. boleh lah aku interprem kononnya lah aku dah buat tapi tak paham. haha!

tapi rasa rindu pulak kat cikgu Sivik & PJ aku tu. wahhhh secret tau! haha! dia tak datang pulak hari ni. hantar anak dia masuk sekolah asrama penuh. ehh kau jangan. kalau aku tunjuk gambar dia sah korang ingat dia takda anak lagi. fuhh body dia! mengalahkan aku. hehe~ sorry cikgu, i love you~


PAI fuhh! tak sah kalau aku tak kena dengan mama ni. ehh ustazah. =D aku panggil ustazah aku mama. comel sangat! kalau mama panggil aku CIKSOM aku okey, kalau cikgu lain err tak berani kata apalah tapi tak suka lah kan. huhu~ jiwa pulak. =.=' yes! aku dapat balik buku rujukan PAI aku! haha! mama curik kot seminggu sebelum cuti raya cina tu. dia merajuk aku bawak buku rujukan tu tapi tak bawak buku teks. wahh jiwa mama ni ek. =P tapi tak pulak dia marah aku ambik nya haa tadi. budak lain memang kena dengan dia tadi. keke~ that's why i sayang you mama (^_^)

SJ & BM pun okey saja lol! langsung tak tanya about holiday homeworks tu. entah kenapa hari ni tiba-tiba pulak aku aktif masa waktu SJ haha =.=" jadi macam minat semacam kat SJ. maybe sebab cikgu tahun ni lebih interesting the way she teach. it's not like my SJ's teacher last year not good just boleh lah mengantuk time dia. hehe~ thanks cikgu buat minat saya mekar dalam subjek SJ! wah bunga hang Cikmie =.='

okay, alhamdulillah aku diberi sehari lagi untuk siapkan homeworks. yes! love you teachers! ;D

Sunday, February 6, 2011

Good Luck Iqram!

Assalammualaikum.


ouh yeah. Mohammad Khairil Iqram Roslan , good luck okay tomorrow. pack betul-betul barang-barang tu. jangan ada yang tinggal pulak. kunk berus gigi lah spentott lah tak bawak. opps! hehe~ just remind you honey. tengah interview tu jangan dok berangan pulak sat ingat awek tu sat ingat awek ni. haha~ just remember this. i will always be by your side no matter what happen. chaiyokk~! tu tengok gambar tu. kalau tak struggle hidup ni, tu bukan namanya hidup lah. ecewah. text all the time okay! haa dah tu ada kat sana kot lah ada free time tu pergi lah shopping beli kat Mie ape-ape kan kan KAN. keke~ okay! good luck honey!

Tomorrow School!

Assalammualaikum.

 haa ingat lagi yang air teh ais crystal aku cakap kat post lepas tu? alaa about the day aku keluar dengan Fadzlinasari Rumeli tu lah. haa baru jumpa gambar air nya tu. ni haa. simple right? but mashaAllah harga dia. cekik darah. =.=" memang aku tak tau lah ada apa sangat dengan air ni. wah macam ayat ada apa dengan cinta pulak. keke~


ughhhh! esok sekolah. ingat cool ka hahh cikgu? cuti seminggu lepas tu suruh student pergi sekolah. huhh. memang bertimbun jugak lah kan homeworks aku tak siap. tak aihh. sempat lagi ber-blogging. =.=" haishh Cikmie! haha~ tu lah time Fadzlinasari Rumeli ajak study sekali tak mau. berlagak. konon boleh buat last minute. haihhh macam mana negara nak maju. ceittt! aghhhhh! uniform sekolah tak iron lagi. buku tak susun lagi. motor aku rasa tak ada minyak tu. adehh esok pagi nak kena isi minyak pulak. tekanan-tekanan. baru ingat nak pergi awal sebab nak pinjam buku. hehe~ student nowadays. haa! tak expect pulak aku status fb aku ni ramai admit betul haha! ni haa yang aku cakap "When the mind said "ALAA AWAI LAGI CUTI SEPULUH HAQI KOT" but at the end of the day "ADOYAI! SATU APA TAK BUAT LAGI! CIKGU NAK ESOK KOT!" that is the student nowadays."  ahhh tension! okay aku paham. got to go. iron uniform then siapkan homeworks. mana yang sempat je lah yedopp. haha! 

Tuesday, February 1, 2011

At last Outing!

Assalammualaikum.

yeahh bila boring, duduk dalam bilik sengsorang, buku prisip perakaunan ada depan batang hidung, camera dalam laci sebelah meja study, handphone atas buku teks prinsip perakaunan ini lah yang jadi. feeewww. =.=" sangat lah membosankan. yang lepas-lepas punya i mean topik-topik yang form 4 pun tak lepas ni tambah lagi haiyakkk! SPM boleh ke? uwaaaaa~! takut! :'[

ouh yeah hari ni manage jugak untuk keluar dengan Fadzlinasari Rumeli. yeayyyy! haha~ teringat pulak dulu-dulu selalu outing dengan dia. adehh macam lah dah lama tak jumpa macam jejak kasih pulak aku dengan kakak aku ni. haha~ =.=" alaa tak pergi memana pun. awalnya kelmarin ingat buka puasa nak melantak waffle tapi tak jadi sebab bonda tersayang sudah belikan laksam dan cucur udang yang sangat pehhh! meleleh babe gua habaq kat luu. (O_,,^) and hari ni baru lah dapat melangsaikan hutang dengan perut ni. at first pergi Tesco SP Selatan 'cause rasa macam cool lah sikitkan besar sikit then banyak kedai. pfft. haha! =.=' last last tak jadi jugak makan kat situ sebab bila tengok ja orang yang jual waffle tu hilang terus appetite aku. haa nak tau pergi tengok sendiri. ehh maybe masa korang pergi tu dia tukar syif. haha~ patah balik ke Tesco SP Utara lah jawabnya. orang yang jual waffle nya se-ofcourse ofcourse nya clean & clear. plus aku memang selalu beli kat situ pun. suka coklat dia! meleleh siot masa makan! fuhhh sodapppp! then tetiba teringin nak makan sizzling. kami dua pun order lah sizzling. but menyakitkan hati betul masa beli air. lembab yakamat sebab benda kecik ja, sebab diorang takda change syiling! haihhhh. but it is okay perut gua kenyang! yeyyyy! =D


kedai tu kedai tu, kedai EACH A CUP tu aku suka motto dia!   "for people who go for quality" nak tau kenapa? air teh ais tak silap aku la campur dengan macam crystal ball camtu la, bukan yang macam bonda aku guna kat vase bunga lah! haiyaaa. haa berbalik kepada air teh ais tu. dengar ja air teh ais kan tapi harga mashaAllah, 4 hingget lebih tak silap aku. (@_@)" gila betul ah. air teh o ais aku selalu minum pun tak sampai sehingget. tapi kakak aku cakap kat Korea pun memang famous air tu. Korean citizens memang suka air tu. haihhh apa yang diorang suka sangat tak tau. dah la ada susu, nak termuntah aku. hukhuk~ but afterall yang lain-lain alhamdulillah sodap-sodap. hehe~ ada compliment jugak okey. 


 yeahhhh ini lah waffle tercintaku! nampak tak coklat meleleh tu? nampak tak? NAMPAK TAK?! tak nampak sah-sah korang errr haha~ tak baik doa orang kan kan. baiknya Cikmie ni. xD ni kes tengok variety show Running Man lah ni. Kim Jongkook punya pasal! mission dia yang bawak waffle tu gila kau tak meleleh air liur. dah favourite aku nak buat macam mana. ngeee~


ughhhhhh! sangat lah aku tak perasan gambor ni. Fadzlinasari Rumeli! see you in court! wahahaha~ ganas betul ni. adik-beradik kes bawa sampai ke mahkamah. hehe~ time ni aku tengah bagitau kat dia hal apa tah. tah aku tak ingat dan tak nak ambik tau. =.=' huuuu~

ouhh yeah. while jalan-jalan merata tempat tu. pehhh! entah macam mana nak cakap. memang takdir ahh aku dengan DOMO-KUN ni  hehe~ and fuuhhh habis elaun aku yang Fadzlinawati Rumeli, kakak aku tu bagi. ngehngeh~ akai nak beli jacket footballers but duhhh. tak kesampaian derr. hati aku lebih terpikat dengan mendalah ni lah! huaaaarghhhh~ haa tu lah, orang yang jual jacket tu buat lambat-lambat lagi tak nak jual bulan ni. kalau tak dapat dah kat dia mashukk bulan ni. haihhh tolak rezeki betul dia tu. hehe~